PM hadiri Mesyuarat Khas, Taklimat Pembangunan Sarawak

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Mesyuarat Khas serta Taklimat Pembangunan Negeri di Wisma Bapa Malaysia sempena lawatan kerja sehari beliau ke Kuching, Sarawak.

Sebaik tiba di Kuching, Perdana Menteri terus dibawa ke Wisma Bapa untuk menghadiri mesyuarat berkenaan bersama dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, serta anggota Kabinet Negeri.

Mesyuarat berlangsung selama kira-kira sejam.

Baca artikel lain: Lawatan ke Thailand buka lembaran baharu, kukuh hubungan dua hala – PM

Anwar kemudiannya menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI di Stadium Perpaduan, Petra Jaya pada 12 tengah hari.

Pada kira-kira 1.50 tengah hari Anwar dijadualkan menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri di Wisma SABATI sebelum berangkat pulang ke ibu negara pada 3.15 petang.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This