Lebih 2 juta penduduk Gaza kini tiada sumber pendapatan – WFP

Dari Penulis

PROGRAM Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza, dengan hampir dua juta penduduk — kebanyakannya pelarian — kini hidup tanpa sebarang sumber pendapatan dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan bagi memenuhi keperluan makanan asas.

WFP menyuarakan kebimbangan terhadap bahaya yang semakin meningkat kepada ratusan ribu penduduk Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Agensi itu menzahirkan kegusaran terhadap kejatuhan mendadak stok makanan dan memberi amaran bahawa rantau itu berada di ambang bencana kemanusiaan yang besar.

Baca artikel lain: Seorang penunggang motosikal maut, 2 parah dalam nahas 4 kenderaan di Klang

WFP menegaskan situasi kritikal itu ditambah dengan penutupan berterusan lintasan sempadan oleh Israel, menghalang penghantaran bekalan makanan penting ke wilayah yang dikepung itu.

Agensi itu menegaskan bahawa Gaza amat memerlukan sumber makanan yang berterusan dan tidak terganggu bagi mengelakkan sistem keselamatan makanan runtuh.

WFP turut memberi amaran tentang kesan buruk yang bakal berlaku sekiranya keadaan ini berlarutan, dengan menekankan bahawa penduduk awam Palestin di Gaza sudah pun berdepan situasi kemanusiaan yang amat kritikal, termasuk kekurangan sumber asas untuk kelangsungan hidup.

— BERNAMA-WAFA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This