SEORANG penunggang motosikal maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan tiga buah motosikal di persimpangan lampu isyarat Kampung Raja Uda, Klang, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, dalam kemalangan yang berlaku sekitar pukul 4.10 pagi itu, mangsa seorang lelaki berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Kemalangan berlaku apabila Perodua Axia yang datang dari arah Pelabuhan Klang menghala ke Jalan Kim Chuan dilanggar sekumpulan penunggang motosikal dari arah bertentangan yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah.
“Akibat pelanggaran tersebut, seorang penunggang motosikal maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.
“Manakala dua lagi (mangsa) mengalami kecederaan serius dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Papar Jalur Gemilang tak lengkap: 5 laporan polis dibuat – Fahmi
Pada masa sama, Ramli menambah, pemandu Perodua Axia dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan tersebut diminta berhubung dengan pegawai penyiasat Insp Mohd Khairulnizam Abdul Talib melalui talian telefon 010-2452144.
“Ibu bapa atau penjaga hendaklah sentiasa memberi tumpuan, perhatian dan pengawasan terhadap anak-anak remaja supaya tidak terlibat dalam aktiviti samseng jalanan yang boleh mendatangkan bahaya,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

