Pemandu Axia tular sondol 3 kenderaan dikompaun RM300 – polis

Dari Penulis

POLIS mengesahkan pemandu Perodua Axia tular yang menyebabkan kemalangan empat kenderaan telah dikompaun sebanyak RM300.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kejadian berlaku semalam, kira-kira pukul 6.15 petang di Kilometer 14, Jalan Johor Bahru-Air Hitam.

Katanya, Axia yang dipandu lelaki berusia 31 tahun itu dalam perjalanan menuju ke Skudai dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu melanggar bahagian belakang sebuah Honda HR-V yang berada di lorong yang sama.

“Pemandu Axia turut melanggar Honda City yang berada di lorong tengah,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Ujarnya, akibat pelanggaran itu Honda HR-V telah melanggar sebuah Perodua Alza.

“Semua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 kerana gagal mengawal kenderaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kematian pelajar UPM di Sungai Buloh disahkan akibat lemas

KEMATIAN pelajar latihan industri dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di Kolam Menara Saujana Perdana di...

More Articles Like This