SKUAD Harimau Malaya bakal kembali beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dalam aksi kedua kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun depan menentang Vietnam.
Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend dalam hantaran di Facebook Malaysia NT, hari ini.
Menyifatkan perlawanan bertemu Vietnam itu dijangka penuh debaran dan emosi, Friend turut tidak sabar untuk menyaksikan lautan ‘hitam kuning’ di SNBJ bagi memberi sokongan kepada skuad kendalian Peter Cklamovski itu.
“Ini bukan sekadar aksi kelayakan, ini adalah detik untuk rakyat Malaysia bersatu di belakang Harimau Malaya dan menunjukkan kekuatan semangat kebangsaan kita.
Baca artikel lain: Malaysia-Nepal: Cklamovski puji semangat, persiapan Harimau Malaya
“Kami sedang membina sesuatu yang istimewa. Kami tidak sabar untuk melihat para penyokong memenuhi Bukit Jalil dan menjadikannya malam yang akan dikenang selamanya.
“Bukit Jalil bakal jadi saksi. Jumpa anda di sana!,” katanya dalam hantaran tersebut.
Malaysia sebelum ini memulakan kempen Kumpulan F dengan langkah kanan apabila menewaskan Nepal 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, pada 25 Mac lepas.
Selepas aksi menentang Vietnam, skuad negara dijadual berkunjung ke Laos pada 9 Oktober, manakala kemas kini ranking FIFA dijangka diumumkan pada 10 Julai.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

