MENTERI Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick akan mewakili Kerajaan Malaysia, bagi menandatangani buku ucapan takziah atas kematian Ketua Gereja Roman Katolik Paus Francis di Kedutaan Vatican.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata kerajaan juga akan menghantar seorang menteri bagi mewakili Malaysia, menghadiri majlis pengebumian Francis yang akan diadakan pada Sabtu ini di Basilika Santa Maria Maggiore di Rom.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.
“Jemaah Menteri hari ini merakamkan ucapan takziah atas pemergian Paus Francis yang telah meninggal dunia.
Baca artikel lain: Siasatan terhadap ibu bapa Zayn Rayyan bukan sambil lewa – Pegawai penyiasat
“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah menyatakan mendiang Paus Francis merupakan seorang yang lantang bersuara terutama tentang isu Gaza, oleh itu Perdana Menteri sendiri amat menyanjungi jasa dan bakti mendiang Paus Francis,” katanya pada sidang media mingguan hari ini.
Paus Francis, yang merupakan paus pertama dari Amerika Latin, meninggal dunia pada Isnin dalam usia 88 tahun.
Beliau sebelum ini mengalami masalah kesihatan berpanjangan termasuk kesukaran bernafas menyerupai asma, yang dikaitkan dengan trombositopenia (kekurangan platelet darah).
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

