LTSAS kini mampu tampung 700,000 penumpang setahun

Dari Penulis

BANGUNAN terminal Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh yang telah selesai dinaik taraf kini mampu menampung sehingga 700,000 penumpang setahun berbanding 500,000 sebelum ini.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Izani Ghani berkata, skop kerja menaik taraf LTSAS termasuk peluasan terminal, penambahbaikan kawasan daftar masuk dan ketibaan, serta kemudahan imigresen yang lebih efisien.

“Selain itu, LTSAS kini ditingkatkan dengan infrastruktur keselamatan seperti pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) dan mesin pengimbas,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penambahbaikan dan Penaiktarafan LTSAS di Ipoh hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Projek berjumlah RM8 juta itu dilaksanakan bawah komitmen MAHB dalam usaha menaik taraf kemudahan penerbangan negara, demi keselesaan dan kemudahan pengguna pada masa hadapan.

Mohd Izani berkata setiap penambahbaikan dilakukan berlandaskan strategi yang menyeluruh daripada kejuruteraan infrastruktur hingga perancangan aliran penumpang, yang dirangka untuk menyokong hala tuju Dasar Pengangkutan Negara serta matlamat pembangunan negara yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Baca artikel lain: Tarif AS: Malaysia sepakat bina keupayaan domestik, keyakinan rakyat – PM

Sementara itu, MAHB dalam kenyataan memaklumkan projek pengoptimuman LTSAS yang merupakan inisiatif menyeluruh bertujuan meningkatkan fungsi lapangan terbang serta kapasiti dan keselesaan keseluruhan kini telah selesai secara rasmi.

Menurut kenyataan itu antara peningkatan utama di LTSAS adalah peluasan ruang terminal daripada 2,927 meter persegi kepada 3,257 meter persegi yang telah secara efektif menggandakan kapasiti penumpang semasa waktu puncak daripada 240 kepada 510 penumpang setiap jam.

“Untuk menyokong peningkatan ini, setiap ruang menunggu telah diperluaskan daripada 71 meter persegi kepada 270 meter persegi dengan kerusi baharu dipasang bagi menampung sehingga 80 peratus permintaan semasa waktu puncak.

“Ruang pelepasan pula menyaksikan kaunter imigresen ditambah kepada empat berbanding dua sebelum ini dengan infrastruktur sedia ada mampu menyokong penambahan dua autogate dalam masa terdekat. Di ruang ketibaan pula, jumlah kaunter telah dinaik taraf daripada empat kepada enam, dengan kemudahan untuk dua autogate tambahan pada masa hadapan,” katanya.

Menurut kenyataan itu kemudahan untuk penumpang telah dipertingkatkan dengan pengubahsuaian tandas, selain jumlah mesin pemeriksaan keselamatan ditambah kepada lima untuk meningkatkan kecekapan pemprosesan dan meminimumkan masa menunggu.

LTSAS kini mengendalikan perkhidmatan penerbangan harian oleh AirAsia ke Johor Bahru dan Scoot ke Singapura.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

12 individu ditahan merusuh di parkir beli-belah di Cheras

POLIS menahan 12 individu warga tempatan bagi membantu siasatan satu kes pergaduhan dan rusuhan di kawasan parkir pusat beli-belah...

More Articles Like This