HOSPITAL Medan Malaysia (HMM) di Myanmar yang dibuka Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mulai Isnin lalu menyediakan sebanyak lapan jenis perkhidmatan perubatan.
Kedutaan Malaysia di Yangon, Myanmar memberitahu demikian dalam hantaran di laman Facebook, hari ini.
Menurut hantaran tersebut, Hospital Medan Malaysia yang terletak di Padang Ulang Tahun ke-700, Parami Ward, Wilayah Sagaing itu menawarkan lapan jenis perkhidmatan perubatan termasuk obstetrik dan ginekologi.
Selain itu, hospital medan itu juga menyediakan perkhidmatan perubatan am; pembedahan; ortopedik; pediatrik; telinga, hidung dan tekak (ENT) serta oftalmologi.
“Orang ramai boleh mendapatkan rawatan secara percuma dari pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari (kecuali Jumaat),” katanya dalam hantaran tersebut.
Baca artikel lain: Hospital Medan Malaysia di Myanmar mula operasi hari ini, berupaya laksana pelbagai rawatan kritikal
Sebelum ini, Bernama melaporkan lebih 500 pesakit luar telah menerima rawatan di Hospital Medan Malaysia (HMM) yang dikendalikan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Daerah Sagaing sejak Isnin (21 April).
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata hospital itu dijangka beroperasi selama sebulan, namun tempoh itu boleh dilanjutkan sekiranya perlu.
Hospital Medan Malaysia itu yang dibangunkan ATM melalui Op Starlight III ekoran bencana gempa bumi kuat melanda negara itu telah pun beroperasi secara rasmi Isnin lalu.
Hospital Medan Malaysia yang terletak di kawasan yang paling terjejas akibat gempa bumi iaitu di daerah Sagaing, Myanmar itu telah mula beroperasi pada pukul 8.20 pagi tadi waktu Myanmar atau 9.50 pagi waktu Malaysia.
Menurut kenyataan itu, hospital medan tersebut merupakan kategori Tahap Dua dengan kapasiti 20 buah katil dan turut dilengkapi dengan kemudahan seperti wad, bilik pembedahan, unit rawatan rapi, radiologi dan makmal di samping menawarkan dua kepakaran iaitu pembedahan am dan ortopedik.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

