Polis kenal pasti penunggang motosikal jadi punca pelajar maut di George Town

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS telah mengenal pasti seorang penunggang motosikal yang dipercayai menjadi punca nahas empat kenderaan yang mengakibatkan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun maut di George Town, petang semalam.

Video penuh kejadian: https://t.me/infoutusantv/10191?single

Dalam kejadian pada pukul 5.15 petang itu di Jalan Masjid Negeri, George Town itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 6.09 petang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah di Gelugor dari sekolah yang terletak di Batu Lancang.

Namun begitu kata beliau, setibanya di lokasi kejadian, mangsa telah dilanggar oleh sebuah motosikal lain dari arah kiri laluan yang sama.

Baca artikel lain: Pemandu Myvi maut langgar tiang papan tanda

“Mangsa kemudiannya bergesel dengan sebuah kereta di sebelah kanan sebelum terjatuh ke laluan kiri dan dirempuh sebuah lori.

“Pemandu lori dan kereta yang terbabit dalam kemalangan itu tidak cedera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Rozak berkata, penunggang motosikal yang dipercayai menjadi punca kemalangan itu akan ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi yang melihat kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, video papan pemuka sebuah kenderaan berdurasi 42 saat yang memaparkan kejadian itu tular di media sosial.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Wanita ditahan selepas benarkan anak keluar kepala melalui sunroof

SEORANG wanita ditahan selepas membenarkan dua anak perempuannya mengeluarkan kepala melalui bumbung bukaan atau sunroof ketika kereta sedang bergerak,...

More Articles Like This