Status bantahan pemilihan Cabang PKR diumum minggu depan

Dari Penulis

STATUS bantahan berhubung beberapa Cabang PKR dalam pemilihan parti itu akan diketahui minggu hadapan.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa seperti dilapor BH Online, hari ini.

Menurut Zaliha, beliau masih lagi menunggu laporan lengkap daripada jawatankuasa tersebut.

“Akan ada lagi (status bantahan), kita akan tahu, mungkin dalam minggu depan,” katanya.

Ketika ditanya bila JPP akan memuktamadkan hasil untuk semua pelihan Cabang, Dr Zaliha berkata, perkara itu akan mengambil sedikit masa.

“Kita perlu teliti semua bantahan dan aduan sebelum buat keputusan muktamad,” katanya.

Baca artikel lain: Pemilihan PKR:  Kuasa akar umbi, pertembungan dua kem,  pengajaran untuk UMNO

Sebelum ini, beberapa pemimpin, termasuk anggota Kabinet dan wakil rakyat PKR dilapor akan mengemukakan rayuan rasmi kepada JPP berhubung keputusan pada pemilihan peringkat cabang yang berlangsung baru-baru ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad, akan mengemukakan rayuan selepas gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Titiwangsa.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, yang juga Pengarah Strategi PKR, juga akan mengemukakan bantahan rasmi kepada JPP selepas gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Johor Bahru.

Pemimpin lain yang dilapor mengemukakan rayuan termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, yang juga Pengarah Komunikasi PKR dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat, yang juga Timbalan Ketua Penerangan PKR.

Semalam, Zaliha dilapor mengesahkan bahawa tiga Cabang PKR iaitu Selayang, Jempol dan Silam perlu mengadakan pemilihan semula dengan notis dalaman akan dihantar ke ketiga-tiga Cabang itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This