Malaysia zahir komitmen teguh keselamatan tenaga

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA telah menzahirkan komitmen teguh terhadap keselamatan tenaga dan peralihan tenaga yang adil serta berdaya tahan.

Komitmen itu disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Tenaga selama dua hari di Lancaster House, London yang berakhir semalam.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan memberitahu, komitmen tersebut sejajar dengan aspirasi global untuk mencapai masa depan tenaga yang bersih, mampan dan inklusif.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air telah mengetuai delegasi Malaysia pada sidang kemuncak tersebut.

Menurut PETRA, Fadillah telah mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan strategik yang melibatkan isu-isu utama seperti integrasi sistem tenaga serantau, daya tahan terhadap perubahan iklim, keselamatan bekalan elektrik serta penggunaan teknologi baharu.

“Malaysia juga telah memanfaatkan sidang ini untuk memperkukuh kedudukan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 untuk menerajui usaha merealisasikan Grid Tenaga ASEAN.

Baca artikel lain: Program NUR@PETRA galak amalan cekap tenaga – SEDA

“Selain itu Malaysia juga mahu mempromosikan pendekatan menyeluruh menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) serta memperkasa kerjasama dua hala dalam sektor tenaga menerusi pertemuan dengan pemimpin United Kingdom (UK) dan Pengarah Eksekutif IEA,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Mengulas lanjut, PETRA memaklumkan, Fadillah telah menegaskan bahawa Malaysia komited untuk memimpin peralihan tenaga rantau ini secara pragmatik dan progresif.

Katanya, usaha itu akan dilakukan dengan memberi keutamaan kepada kebolehcapaian, keterjaminan bekalan dan kemampuan pengguna.

“Penyertaan aktif Malaysia dalam Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Tenaga serta komitmen negara terhadap keselamatan dan peralihan tenaga yang adil dan berdaya tahan mencerminkan pelaksanaan prinsip Malaysia MADANI.

“Pendekatan pragmatik dan berpaksikan rakyat dalam memimpin peralihan tenaga sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk membentuk negara yang progresif, lestari dan inklusif, demi kesejahteraan generasi kini dan akan datang,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi sah tidak pertahan DUN Rengit, beri laluan kepada pemimpin muda

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan...

More Articles Like This