PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Mark Carney yang telah berjaya memimpin Parti Liberal memenangi Pilihan Raya Parlimen Kanada, semalam.
Dalam hantara di Facebook, Anwar turut berharap dapat menjalinkan kerjasama rapat dengan Carney bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dengan Kanada.
Menurut Perdana Menteri, hubungan tersebut diharap dapat dieratkan termasuk melalui Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
“Pilihan raya ini menandakan babak baharu untuk Kanada dan mengesahkan komitmen negara itu terhadap kemerdekaan, daya tahan dan kepimpinan berprinsip dalam tempoh yang tidak menentu ketika ini.
“Dunia mesti terus menegakkan perdagangan antarabangsa sebagai pemacu kemakmuran dan kestabilan bersama.
“Kami yakin di bawah kepimpinan Carney, Kanada akan kekal sebagai suara yang kuat dan mantap untuk penglibatan antarabangsa yang membina,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.
Baca artikel lain: Malaysia gesa Myanmar lanjut gencatan senjata – PM
Rakyat Kanada memilih untuk mengembalikan Parti Liberal ke tampuk pemerintahan bagi tempoh empat tahun lagi dengan meletakkan kepercayaan kepada Carney bagi menangani ketidaktentuan yang berpunca daripada tarif timbal balas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Carney, bekas Gabenor Bank of Canada dan Bank of England, berkempen berdasarkan kepakaran kewangannya, dengan memberi jaminan kepada pengundi bahawa beliau memiliki keupayaan ekonomi yang diperlukan untuk mengemudi negara dalam menghadapi ketidakpastian ekonomi global yang dicetuskan oleh perang tarif dan perjanjian perdagangan baharu dengan AS.
Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada pada 14 Mac lalu menggantikan Justin Trudeau yang memegang jawatan itu sejak 2015.
Sebanyak 343 kerusi dipertandingkan di seluruh negara, dengan 172 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan di Dewan Rakyat.
Memandangkan keluasan Kanada merentasi enam zon waktu, pengiraan undi masih berlangsung dan belum dapat dipastikan sama ada Carney akan membentuk kerajaan secara majoriti atau minoriti.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

