Malaysia gesa Myanmar lanjut gencatan senjata – PM

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya gencatan senjata di Myanmar yang dijadual berakhir esok, dilanjutkan.

Beliau berkata, ia penting bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat terus disalurkan kepada penduduk terjejas.

“Kita telah merayu kepada kedua-dua Jeneral Kanan (Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar Jeneral Kanan Min Aung Hlaing) dan Perdana Menteri (Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar Mahn Win Khaing Than) untuk menyatakan bahawa gencatan senjata amat kritikal bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan,” kata beliau.

Anwar berkata kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Rumah Belia MADANI dan Rumah Mampu Milik Mukim Batu, Kuala Lumpur hari ini.

Baca artikel lain: Malaysia, Vietnam sepakat bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar diteruskan tanpa sekatan – PM

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Perdana Menteri turut mengulangi bantuan perlu disalurkan tanpa sebarang diskriminasi atau sekatan.

Malaysia secara konsisten menyokong penyelesaian secara aman terhadap konflik di Myanmar dan menekankan kepentingan menjaga kebajikan orang awam.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This