PENGARAH Eksekutif Kewangan Lembaga Tabung Haji, Mustakim Mohamad dilantik sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu kumpulan tersebut berkuat kuasa 6 Mei depan.
Pelantikan Mustakim bagi menggantikan Datuk Syed Hamadah Syed Othman yang akan tamat kontraknya pada 5 Mei itu telah diumumkan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, pelantikan Mustakim adalah selari dengan falsafah Tabung Haji untuk terus menerajui kecemerlangan dari setiap sudut demi manfaat pendeposit.
Kenyataan itu memaklumkan, ia termasuk mengurus cabaran beroperasi dalam keadaan pasaran global tidak menentu dan peningkatan kos perkhidmatan pihak ketiga seperti kos penerbangan, penginapan dan perubatan.
“Pertimbangan dalam melantik tampuk kepimpinan yang berwibawa cukup penting memandangkan ciri-ciri Tabung Haji yang berfungsi sebagai sebuah organisasi yang mengendalikan amanah yang besar,” katanya dalam kenyataan itu.
Baca artikel lain: Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah
Mengulas lanjut, kenyataan itu turut menyebutkan bahawa pelantikan Mustakim adalah berasaskan pengalaman dan keupayaannya dalam merealisasikan wawasan Tabung Haji ke peringkat seterusnya.
Katanya, perjalanan kerjaya Mustakim di Tabung Haji mencecah hampir 20 tahun dan merangkumi peranan kepimpinan dalam pelbagai bidang.
“Ini termasuk bidang kewangan, pelaburan, perkhidmatan deposit dan operasi serta teknologi maklumat dan keselamatan.
“Beliau mempunyai Ijazah Sarjana dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia dalam jurusan kewangan serta merupakan ahli Felo Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA),” menurut kenyatan itu.
Dalam pada itu, penghargaan turut dirakamkan kepada Syed Hamadah selepas berkhidmat selama dua tahun sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO TH.
Kenyataan itu menambah bahawa kepimpinan baharu ini akan menekankan pendekatan yang proaktif dan berinovatif dalam perancangan TH agar terus menjadi institusi Islam yang beroperasi secara mampan untuk jangka panjang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

