Harga telur tetap dikawal meskipun subsidi dikurangkan – KPDN

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan harga telur ayam akan terus dikawal meskipun subsidi ditamatkan secara berfasa menjelang Ogos 2025.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan, langkah pengurangan subsidi tidak akan menyebabkan lonjakan harga kerana telur masih tertakluk kepada kawalan harga.

“Kita ada operasi-operasi khusus untuk memantau bekalan, dan baru-baru ini kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa khusus yang dipengerusikan KPDN untuk melihat kepada kestabilan bekalan dan harga,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan produk RON97 di Stesen Minyak Petronas, Kimanis pada Sabtu.

Baca artikel lain: Kerjasama UMNO, Bersatu perlu dibincang secara rasmi – Ahmad Maslan

Beliau turut memberi amaran kepada peniaga agar tidak menaikkan harga sesuka hati kerana telur masih tertakluk kepada harga kawalan.

“Pegawai kita akan memantau bersama-sama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Kita ada platform-platform aduan sedia ada yang rakyat boleh salurkan sekiranya terdapat sebarang penjualan harga telur tidak mengikut harga kawalan tersebut,” katanya lagi.

Kerajaan sebelum ini memutuskan untuk mengurangkan subsidi telur ayam daripada RM0.10 kepada RM0.05 sebiji bermula 1 Mei 2025, sebelum ditamatkan sepenuhnya pada 1 Ogos 2025, sebagai langkah penyasaran semula subsidi secara berfasa di bawah Kerajaan Madani.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tuntutan penempatan tetap Rohingya sentuh kedaulatan negara – Nurulhidayah

SEBARANG tuntutan yang mewajibkan Malaysia memberikan penempatan tetap kepada pelarian Rohingya disifatkan sebagai tidak wajar. EXCO Wanita UMNO, Nurulhidayah Ahmad...

More Articles Like This