LIMA’25: Platform strategik Malaysia meterai MoU pertahanan dan inovasi – Adly

Dari Penulis

MALAYSIA dijangka meraih pelbagai manfaat menerusi Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25), termasuk memperkukuh kerjasama dengan negara terlibat dalam acara berkenaan yang dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini, kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.

Beliau berkata LIMA’25 merupakan platform utama bagi industri aeroangkasa dan maritim untuk berbincang serta memeterai memorandum persefahaman (MoU) yang mampu meningkatkan kerjasama strategik antara pelbagai pihak.

“Memang akan ada banyak MoU dimeterai, terutamanya berkaitan aset-aset pertahanan sama ada darat, laut mahupun udara.

“Kita akan manfaatkan pameran ini sebagai medan hubungan dua hala kerana turut diadakan persidangan dan pertemuan khusus bagi mengukuhkan persefahaman dengan negara-negara yang terlibat, khususnya negara anggota ASEAN,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Veteran Desa MADANI di Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-iz Petra hari ini.

Baca artikel lain: Kerjasama UMNO, Bersatu perlu dibincang secara rasmi – Ahmad Maslan

Mengulas lanjut, Adly berkata pihaknya kini berada pada tahap akhir persiapan penganjuran dan berharap LIMA’25 dapat dilaksanakan dengan lancar seperti yang dirancang.

“Ketika ini, kita sedang melengkapkan aturan jemputan luar negara serta penglibatan industri dalam LIMA’25 agar pameran berjalan lancar.

“Komitmen daripada pempamer antarabangsa sangat tinggi. Saya percaya tahun ini kita bukan sahaja akan mempamerkan aset-aset pertahanan, tetapi turut menonjolkan pembangunan industri tempatan menerusi kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan negara luar,” ujarnya.

LIMA’25 merupakan anjuran bersama antara Kementerian Pertahanan dengan Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd (GEC) yang memberi penekanan kepada inovasi dan peningkatan daya saing dalam kalangan pemain industri sejajar perkembangan teknologi semasa.

Bertemakan “Kemajuan Hari Ini, Pencapaian Masa Hadapan”, LIMA’25 yang akan berlangsung di Langkawi, Kedah merupakan antara pameran terbesar dalam industri maritim dan aeroangkasa di Asia Tenggara sejak dianjurkan kali pertama pada 1991.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu lori dijel sehari, denda RM8,000 selepas tunjuk isyarat lucah dan pandu berbahaya

MAHKAMAH Majistret Balik Pulau hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama sehari, denda RM8,000 selain lesen memandu digantung selama lima...

More Articles Like This