Malaysia komited kukuh kerjasama ekonomi dua hala dengan Bahrain sebagai rakan strategik – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA komited untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala bersama Bahrain tidak hanya sekadar sebagai rakan dagang tetapi juga rakan strategik dalam mewujudkan pertumbuhan mampan dan inovatif.

Komitmen itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima kunjungan delegasi menteri Kerajaan Bahrain diketuai Menteri Pembangunan Mampan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain, Noor Ali Sultan Hasan Alkhulaif, hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri menyifatkan Malaysia dan Bahrain telah membina asas kukuh dalam hubungan dagang.

Kata beliau, kerjasama itu berpotensi besar untuk dikembangkan khususnya dalam sektor petroleum, produk berasaskan aluminium, makanan halal, komponen elektrik dan teknologi hijau.

Perdana Menteri memaklumkan, Malaysia juga melihat peluang yang terhampar terutama dalam sektor pelaburan strategik merangkumi tenaga boleh baharu, pembuatan petrokimia, penjagaan kesihatan serta pembangunan hartanah.

Baca artikel lain: Anwar terima kunjungan bekas PM Jepun, cadang usaha tubuh pusat kerjasama baharu di Malaysia

“Di sebalik cabaran dalam prestasi dagangan semasa, kami yakin bahawa pelbagai inisiatif seperti kerjasama dalam bidang kewangan Islam, pembangunan industri halal serta transformasi digital melalui platform MyDigital dan dasar Cloud First Bahrain mampu menjadi pemangkin ke arah pertumbuhan yang berkualiti tinggi,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, Malaysia menyambut baik idea dan saranan untuk menubuhkan hab perkhidmatan global dan taman perindustrian pintar.

Selain itu, jelasnya, Malaysia juga meneliti rangka kerja kerjasama penyelidikan dan pembangunan industri bersama Bahrain.

“Dalam konteks yang sama, kami akan meneruskan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-GCC sebagai satu wahana dan pendekatan strategik yang sejajar dengan wawasan serantau.

“Pertemuan ini memperkukuh iltizam bersama untuk membina masa depan yang saling memperkukuh, saling memanfaat demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

“Malaysia akan terus menjadi rakan yang dipercayai dan diyakini, menjunjung prinsip ketelusan selain bergerak sederap dalam menjamin keterangkuman dan kemajuan bersama,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This