Perodua Myvi, Yamaha LC135 paling banyak terlibat dalam kemalangan

Dari Penulis

MAJLIS Pengurangan Kecurian dan Kemalangan Kenderaan Malaysia (VTAREC) mendedahkan Perodua Myvi dan Yamaha 135LC paling banyak terlibat dalam kemalangan sepanjang tahun 2024.

Penyelaras VTAREC, Mas Tina Abdul Hamid berkata, sebanyak 24,628 tuntutan insurans melibatkan Myvi direkodkan pada 2024, menjadikan ia kereta paling banyak terlibat dalam kemalangan bagi kategori kenderaan persendirian.

Selain Myvi berikut senarai sembilan model kereta paling banyak terlibat dalam kemalangan sepanjang tahun lalu, memetik laporan NST.

Proton Saga,16,159 kes; Honda City, 13,388 kes; Perodua Axia, 13,285 kes; Toyota Vios,13,007 kes; Perodua Bezza, 12,437 kes; Perodua Alza, 8,262 kes; Proton Persona, 6,930 kes; Toyota Hilux, 6,330 kes dan Honda Civic, 4,371 kes.

Bagi kategori motosikal pula, Yamaha 135LC mencatatkan hampir 3,000 kes kemalangan, diikuti Yamaha Y15ZR (2,154 kes).

Kedua-dua model itu menyumbang kira-kira 30 peratus daripada jumlah keseluruhan kemalangan motosikal pada 2024.

Sebanyak 266,716 kemalangan jalan raya dicatatkan di seluruh negara pada tahun lalu.

Kemalangan melibatkan kenderaan persendirian sebanyak 299,739 kes, diikuti 21,828 kes melibatkan kenderaan komersil dan motosikal dengan 15,149 kes.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This