Nik Nazmi akur keputusan pemilihan Cabang PKR

Dari Penulis

NAIB Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad akur dengan keputusan Pemilihan PKR 2025 peringkat Cabang yang disahkan dan dimuktamadkan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada Ahad lepas.

Nik Nazmi yang gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Setiawangsa selepas tewas kepada pengarah dan pelakon Datuk Afdlin Shauki berkata beliau menggunakan saluran yang betul berhubung keputusan pemilihan itu.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu sebelum ini dilaporkan menghantar surat bantahan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) berhubung keputusan pemilihan Ketua Cabang Setiawangsa.

Baca artikel lain: PKR Melaka sokong Nurul Izzah tanding Timbalan Presiden

“Saya guna saluran parti dan apa-apa lagi saya akan ikut saluran parti juga,” katanya kepada pemberita selepas perasmian program Sustainaboleh dan Green Factory Experiential Concept Store di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh berkata keputusan Pemilihan PKR 2025 bagi semua 220 Cabang di seluruh negara yang selesai baru-baru ini telah disahkan dan dimuktamadkan MPP.

Beliau berkata MPP yang bermesyuarat pada Ahad berpuas hati dengan pembentangan JPP dan juruaudit digital antarabangsa mengenai keputusan peringkat Ahli Jawatankuasa, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan di kesemua Cabang.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This