Ibu gajah kesedihan telah diselamatkan, akan dilepas ke habitat sesuai – Perhilitan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MENYAYAT HATI. Ibu gajah yang kesedihan apabila seekor anaknya mati dilanggar sebuah lori kontena di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli telah dilselamatkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitian) Perak, hari ini.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusof Shariff berkata, ibu gajah tersebut akan dilepaskan semula ke habitat semula jadi yang sesuai dan selamat.

“Terdahulu kita telah menerima laporan mengenai kejadian menimpa anak gajah berusia kira-kira lima tahun yang dianggarkan seberat 700 kilogram itu pada 3.30 pagi.

“… anggota Perhilitan telah ke lokasi kejadian dan bangkai anak gajah yang mati itu, kita akan lupus (tanam),” katanya memetik laporan Bernama. 

Terdahulu, tular gambar dan video di media sosial seekor anak gajah yang dilanggar, terperosok di bawah sebuah lori kontena, dan seekor gajah dewasa dipercayai ibunya sedang cuba mengalihkan lori tersebut bagi menyelamatkan anaknya. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga runcit RON97, RON95, diesel tanpa subsidi turun 10 sen

HARGA runcit RON97 tanpa subsidi termasuk RON95 dan diesel turun 10 sen seliter, masing-masing kepada RM4, RM3.37 dan RM3.97...

More Articles Like This