SERAMAI 344 Wira muda Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 telah melapor diri untuk menjalani latihan selama 45 hari bermula 11 Mei sehingga 24 Jun.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Ya’cob Samiran berkata, daripada jumlah itu, seramai 206 orang pelatih lelaki dan 138 orang pelatih wanita telah melapor diri hari ini di Kem Rejimen 505 (AW) Kem Force 136, Pekan, Pahang dan Kem Rejimen 515 (AW), Jalan Buku Lima, Kuala Lumpur.
Katanya, JLKN telah melaksanakan penambahbaikan dengan mengasingkan pelatih mengikut jantina di dua kem berbeza iaitu kem 505 (AW) Pekan, Pahang menempatkan pelatih lelaki manakala kem 515 (AW) Kuala Lumpur menempatkan pelatih wanita.
Begitupun, jelas beliau, JLKN masih mengekalkan modul latihan yang sama iaitu merangkumi 30% elemen kenegaraan dan 70% elemen asas ketenteraan.
“Bagi mana-mana pelatih yang telah terpilih tetapi belum melapor diri di kem yang ditetapkan, mereka masih berpeluang untuk hadir melapor diri sehingga 16 Mei sebelum jam 12:00 tengahari.
“Pelatih yang gagal untuk melapor diri pada tarikh dan masa berkenaan, mereka boleh dirujuk ke Bahagian Undang-Undang selaras dengan Seksyen 18 (1) Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ya’cob menambah, JLKN mengesa mana-mana pelatih yang telah terpilih untuk terus melapor diri di kem-kem berkenaan.
Katanya, untuk maklumat lanjut berkenaan perkara ini, pelatih boleh berhubung dengan Unit Pelatih, Bahagian Pengurusan Pelatih Jabatan Latihan Khidmat Negara di talian 014-234 5989, 019-310 1090 dan 019-333 2467.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

