Watak ikonik kuning yang comel, B.Duck, buat julung kalinya tiba di Malaysia dan meraikan pengunjung dengan taman tema B.Duck City Funs, yang pertama di Asia Tenggara.
Pavilion Bukit Jalil menjadi lokasi pertama yang menampilkan pengembaraan penuh warna dan imaginasi ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (Runcit), Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd., Datuk Joyce Yap berkata, pihaknya sentiasa berusaha mencipta pengalaman yang menggembirakan dan menyatukan orang ramai.
“B.Duck City Funs merupakan sambutan penuh warna dan imaginasi, ruang untuk keluarga dan peminat B.Duck berkumpul, mencipta kenangan dan berseronok bersama. Kami berbesar hati untuk peluang menghidupkan watak yang begitu disayangi ini dengan cara yang unik dan istimewa,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif One Universal Production Sdn. Bhd dan One Universe World Sdn. Bhd., Alvin Lee turut meluahkan rasa bangga dapat membawa taman tema B.Duck City Funs yang pertama di Asia Tenggara ke Pavilion Bukit Jalil.
“Kami merancang untuk berkembang ke sekurang-kurangnya dua lagi lokasi di Malaysia iaitu di Pulau Pinang dan Johor Bahru. Selain itu, kami juga bersedia untuk bekerjasama melalui model francais di negeri-negeri lain supaya keseronokan B.Duck City Funs dapat dikongsi ke seluruh negara,” katanya.

Berikut adalah 10 sebab kenapa anda tak boleh lepaskan peluang keemasan ini:
1. Taman Tema B.Duck Pertama di Asia Tenggara!
Ini bukan sekadar taman tema biasa. B.Duck City Funs adalah debut rasmi taman tema B.Duck di rantau ini, satu pengalaman yang eksklusif dan once-in-a-lifetime!
2. Lokasi Strategik di PIAZZA, Pavilion Bukit Jalil
Terletak di pusat beli-belah dan hiburan terbesar Malaysia, ia mudah diakses dan dikelilingi pelbagai kemudahan, sempurna untuk family day out!

3. Tarikan Keluarga Mesra Kanak-Kanak
Daripada Bathroom Battle dalam tab mandi gergasi, hinggalah ke Treasure Pirate Ship dan Windmill Trampoline, taman tema ini menjanjikan keseronokan untuk semua peringkat umur.
4. Zon Foto ‘Insta-Worthy’
Ambil gambar di zon bertema seperti Around The World dan Romantic Paris, penuh warna, imaginasi dan semestinya Instagrammable!
5. Gerbang Cahaya & Patung B.Duck Ikonik
Jangan lepaskan peluang bergambar di gerbang bercahaya B.Duck dan bersama patung-patung B.Duck dalam kostum unik, visual yang pasti memukau!

6. Pertemuan Mesra dengan B.Duck
Pada hujung minggu terpilih, pengunjung berpeluang untuk bertemu secara langsung dengan B.Duck! Aktiviti sempurna untuk anak-anak dan peminat tegar!
7. ‘Duck Hunt’ di Seluruh Mall
Cari patung mini B.Duck tersembunyi di Pavilion Bukit Jalil dan sertai aktiviti hunt yang menyeronokkan, hadiah mungkin menanti anda!
8. Cenderamata Eksklusif Bertema B.Duck
Dapatkan barangan khas seperti patung, pakaian, aksesori dan pakej hadiah edisi terhad yang hanya boleh didapati di sini!
9. Gerai Makanan Pelbagai Negara
Nikmati sajian Korea, Jepun, Thailand, dan tempatan, tapak persinggahan ideal selepas seharian bermain!
10. Tiket Mesra Poket & Pakej Keluarga
Dengan harga bermula RM15 untuk satu permainan dan Family Day Pass hanya RM150 untuk empat orang, pastinya keseronokan tanpa had dijamin!

Tempah awal dengan Klook untuk diskaun sehingga 10% dan elak beratur panjang! Jadi tunggu apa lagi? Ayuh rancang duck-venture anda sekarang dan cipta kenangan indah bersama B.Duck dan keluarga!

