Keterangkuman dan kemampanan perlu diterapkan dalam agenda, visi ASEAN – PM

Dari Penulis

PRINSIP ‘Keterangkuman dan Kemampanan’, tema Kepengerusian ASEAN Malaysia pada tahun ini, perlu diterapkan sebagai teras dalam agenda dan visi blok serantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapan perasmian pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini hari ini, beliau berkata tema itu merupakan pendekatan yang bersifat strategik dan berpaksikan nilai yang penting.

“Ia bukan sahaja mencerminkan aspirasi kita malah, tanggungjawab kita. Ia berteraskan keyakinan bahawa masa depan ASEAN mesti bersandarkan dua tonggak utama, iaitu pertumbuhan yang saksama dan mampan serta daya tahan yang berpanjangan,” kata beliau.

Anwar turut menyatakan penghargaan atas sokongan semua pemimpin ASEAN dalam memastikan Kepengerusian Malaysia memacu Visi Komuniti ASEAN 2045, yang akan dilancarkan hari ini.

Baca artikel lain: Pemimpin ASEAN berhimpun di Kuala Lumpur untuk sidang kemuncak, mesyuarat penting hari ini

Pemimpin ASEAN yang hadir terdiri daripada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Presiden Indonesia Prabowo Subianto, Perdana Menteri Kemboja Hun Manet, Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh, Perdana Menteri Filipina Ferdinand Marcos Jr, Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong dan Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra.

Turut hadir Perdana Menteri Timor-Leste Xanana Gusmao sebagai pemerhati dan Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.

Ini merupakan kali kelima Malaysia menjadi pengerusi ASEAN, selepas menerajui blok serantau itu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Sempena sidang kemuncak itu, dua mesyuarat peringkat tinggi yang penting, iaitu Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang diadakan buat julung kalinya, menjadi platform penting untuk memperluas kerjasama serantau dan antara rantau.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This