Malaysia, Qatar sepakat percepat muktamad beberapa MoU – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA dan Qatar sepakar mempercepat beberapa memorandum persefahaman (MoU) yang masih belum dimuktamadkan antara kedua-dua negara.

Perkara itu dibincangkan ketika pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani di luar Sidang Kemuncak ASEAN-GCC, hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri menyifatkan pertemuan dengan Emir Qatar itu sebagai pertemuan yang bermakna.

Menurut beliau, perbincangan secara mendalam telah dilakukan mengenai usaha memperkukuh hubungan dua hala yang telah terjalin sejak lebih 50 tahun lalu.

Anwar berkata, hubungan dua hala antara Malaysia dan Qatar merupakan satu ikatan persahabatan yang terus berkembang erat dari semasa ke semasa.

Baca artikel lain: ASEAN, GCC dan China – Blok kuasa baharu Selatan Global

“Perbincangan meliputi pelbagai bidang strategik termasuk pelaburan, perdagangan, kerjasama pertahanan, tenaga, industri digital dan keterhubungan serta pendidikan.

“Kami juga sepakat untuk meneroka peluang-peluang kerjasama baharu demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara.

“Malaysia komited untuk terus memperkukuh hubungan erat ini. Semoga persahabatan Malaysia dan Qatar terus utuh dan berpanjangan, Insya-Allah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang dianjurkan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”, menghimpunkan pemimpin negara anggota untuk membincangkan isu serantau serta merangka hala tuju blok itu pada masa depan.

Turut berlangsung hari ini ialah Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak trilateral ASEAN-GCC-China yang julung-julung kali diadakan, mencerminkan usaha ASEAN memperkukuh kerjasama serantau dan antarabangsa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This