Buruh maut dirempuh Lamborghini ketika lintas jalan

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG lelaki maut selepas dirempuh sebuah kereta mewah jenis Lamborghini ketika melintas jalan dalam satu kejadian di Jalan Lapangan Terbang di Kuching, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang merupakan buruh binaan Projek Sistem Aliran Transit Utama (ART) Kuching itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, dalam kejadian sekitar jam 6.50 petang itu, mangsa warga asing berusia 52 tahun terbabit sedang melintas jalan manakala Lamborghini dipandu lelaki tempatan berusia 54 tahun datang dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) menghala ke Padungan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa yang sedang menyeberangi jalan telah dilanggar kereta yang dipandu oleh seorang lelaki
tempatan berumur 54 tahun yang sedang dalam perjalanan daripada
Jalan Lapangan Terbang, Kuching menuju ke Padungan.

“Akibat kemalangan ini, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh penolong pegawai perubatan Hospital Umum Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, susulan itu pemandu Lamborghini berwarna merah itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Seksyen itu memperutukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.

Beliau turut menyeru agar saksi kejadian menghubungi pegawai penyiasat trafik, Asisten Superintendan Lucas Apin di talian 013-8246881 / 082-259900 atau mana-mana balai polis berhampiran.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Agong titah KP SPRM laksana amanah penuh integriti

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim...

More Articles Like This