Penunggang motosikal maut dirempuh lori

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah lori dalam kemalangan di Masjid Bandar Baru Sungai Buloh, tengah hari tadi.

Dalam kejadian yang tular di media sosial itu, lori terbabit turut merempuh sebuah gerai penjaja serta pagar masjid berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sekitar jam 1.36 petang.

Susulan itu, seramai 6 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh digegaskan ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik pasukan tiba kira-kira tiga minit selepas menerima panggilan kecemasan itu, mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Nissan UD melanggar sebuah motosikal.

“Lori itu turut merempuh sebuah gerai penjaja dan pagar sebuah masjid. Terdapat seorang mangsa berusia 30 tahun telah tersepit di bawah lori.

“Mangsa telah berjaya dikeluarkan pada jam 1.44 petang.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, jenazah mangsa telah diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This