YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang disambut hari ini dan esok mencerminkan kekayaan warisan tradisi serta keharmonian masyarakat majmuk negara di mata dunia.
Menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah kepelbagaian budaya rakyat Malaysia terserlah menerusi sambutan perayaan tersebut.
“Sambutan ini bukan sahaja merupakan tanda kesyukuran di penghujung musim menuai, malah menjadi peringatan buat seluruh rakyat agar sentiasa mensyukuri rezeki dan nikmat yang dikurniakan, selaras dengan kepercayaan dan amalan masing-masing,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran itu.
Baca artikel lain: 7 sebab Pesta Kaamatan di Sabah patut masuk dalam ‘bucket list’ anda
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah juga berkenan menzahirkan ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada rakyat Malaysia yang meraikannya.
Pesta Kaamatan yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai disambut di Sabah hari ini, manakala Hari Gawai di Sarawak jatuh pada Sabtu dan kedua-dua perayaan diraikan sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

