Kemalangan tular MPV rempuh Saga, polis sahkan seorang maut

Dari Penulis

POLIS mengesahkan seorang penumpang Proton Saga meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 144.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, pada 26 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dalam perjalanan dari arah selatan ke utara.

“Siasatan awal mendapati MPV tersebut telah hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang Proton Saga.

“Pelanggaran itu menyebabkan Saga terbabas ke bahu kiri jalan lalu melanggar besi pengadang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat kemalangan itu, pemandu serta tiga penumpang Proton Saga mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Muar bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, pada Rabu lalu, kira-kira pukul 11.13 pagi, pihak polis menerima makluman bahawa salah seorang daripada penumpang Saga telah disahkan meninggal dunia.

“Ujian nafas dan darah terhadap pemandu MPV menunjukkan beliau bebas daripada pengaruh alkohol serta bahan terlarang,” tambahnya.

Sejak semalam tular satu hantaran di media sosial yang mendakwa tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa selepas beberapa hari kemalangan berlaku.

Warga maya diminta berkongsi hantaran tersebut supaya keadilan diperoleh serta suara pihak keluarga didengari.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Inspektor Siti Ayu Mohamad Japri di talian 010-7724850.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This