MPV tular guna siren, lampu biru kenderaan rasmi kementerian, ada kebenaran JPJ

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBUAH kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dirakam menggunakan siren dan lampu biru di sebuah lebuh raya, baru-baru ini disahkan kenderaan digunakan atas tugas rasmi sebuah kementerian.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Menurut Mohd Zamzuri, hasil semakan mendapati kenderaan berkenaan juga sudah mendapat kebenaran daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk penggunaan siren dan lampu tersebut.

Beliau berkata, pihaknya telah mengenal pasti MPV tersebut dan pemiliknya.

“Kenderaan itu digunakan atas tugas rasmi salah sebuah kementerian dan penggunaan lampu pandu arah dan siren telah mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah JPJ,” katanya dalam kenyataan itu.

Mengulas lanjut, Mohd Zamzuri berkata, pihak polis juga akan memanggil kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan lanjut dalam masa terdekat.

Baca artikel lain: Polis siasat MPV guna lampu biru, siren di Lebuhraya MEX

Video tular di media sosial

Semalam, Mohd Zamzuri dilapor berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sebuah MPV yang disyaki telah menyalakan lampu biru dan membunyikan siren di Lebuhraya Maju Expressway (MEX).

Kejadian tersebut turut tular di media sosial menerusi video berdurasi satu minit empat saat.

Perbuatan yang dipaparkan dalam video tersebut dipercayai melibatkan beberapa kesalahan termasuk di bawah Kaedah 138(1), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 iaitu larangan pemasangan lampu amaran berkelip pada kenderaan selain kenderaan kecemasan yang dibenarkan.

Jika disabit kesalahan, beliau berkata, individu tersebut boleh dituduh di bawah Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sekiranya terdapat unsur menyamar sebagai penjawat awam, kes juga boleh disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This