Irmohizam rakyat Malaysia pertama raih Anugerah Kepimpinan Terbilang EEA 2025

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGARAH Urusan Kumpulan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menjadi rakyat Malaysia pertama dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Terbilang oleh Exhibition Showcase sempena Anugerah Kecemerlangan Pameran (EEA) 2025 di Navi Mumbai, India.

Anugerah berkenaan telah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Shanghai New International Expo Centre (SNIEC), Michael Kruppe dalam acara yang berlangsung pada 31 Mei lalu.

WTCKL dalam kenyataan memaklumkan, anugerah berprestij itu memberi pengiktirafan kepada pemain industri yang telah memberi sumbangan besar melalui kepimpinan, inspirasi dan dorongan dalam membawa perubahan transformasi industri mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) serta acara perniagaan (BE).

Menurut WTCKL, dedikasi tanpa had ditunjukkan Irmohizam yang juga Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Pusat Dagangan Dunia (WTCA) dalam membentuk semula masa depan industri BE serta menetapkan penanda aras baharu bagi pertumbuhan berterusan industri itu diiktiraf melalui penerimaan anugerah berkenaan.

“Saya amat berbesar hati menerima anugerah berprestij ini kerana ia mencerminkan semangat dan komitmen saya yang tidak pernah luntur terhadap pertumbuhan dan transformasi industri BE.

Baca artikel lain: WTCKL meterai MoU dengan WTC Sarajevo

“Saya percaya usaha-usaha ini akan terus mendorong perubahan positif dan memperjuangkan kemajuan industri ini.

“Saya berharap kita agar kita dapat membina sebuah ekosistem yang lebih berdaya tahan, inovatif dan inklusif untuk memperkasakan pemain industri agar terus berjaya dan berkembang dalam landskap global yang sentiasa berubah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

EEA 2025 adalah acara terbesar di India yang bertujuan mengiktiraf wira tidak didendang serta menghargai sumbangan mereka dalam industri mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) serta acara perniagaan (BE).

Antara individu yang turut menerima anugerah di EEA 2025 adalah Pengasas dan Pengerusi Kumpulan IMEX, Ray Bloom; Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Mala Dorasamy dan Ketua Pegawai Operasi UFI, Adeline Vancauwelaert.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tersesat ikut aplikasi navigasi masuk kawasan pembinaan, lima cedera kereta terjunam jatuh gaung

LIMA individu warga China dilaporkan cedera selepas kereta dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di sebuah tapak projek pembinaan...

More Articles Like This