Mayat di tapak pembinaan sah pelancong warga Britain hilang

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

POLIS mengesahkan mayat seorang lelaki yang ditemukan di sebuah tapak pembinaan di Bangsar Hill Park, Kuala Lumpur merupakan pelancong Britain yang dilaporkan hilang sejak 2 Jun lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, mayat itu telah dikenal pasti oleh bapa saudara mangsa berdasarkan tatu pada badannya.

“Disahkan mayat tersebut adalah orang hilang (OH) yang dilaporkan kehilangannya pada 2 Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian lelaki terbabit adalah ekoran kecedeeraan dada disebabkan jatuh dari tempat tinggi.

Justeru menurut beliau, tiada sebarang unsur jenayah dijumpai di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dalam kenyataan sama, Rusdi berkata pihak polis menerima maklumat penemuan seorang lelaki dalam keadaan terlentang di bahagian lif tingkat bawah sebuah tapak pembinaan di Bangsar Hill Park pada jam 4.30 petang semalam.

Lelaki terbabit yang disahkan meninggal dunia telah dikeluarkan oleh pihak bomba sebelum dibawa ke Pusat Perubtaan Universiti Malaya (PPUM) bagi bedah siasat.

“Pihak polis meminta kerjasama orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan sekiranya mempunyai maklumat, orang ramai diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Hotline Polis Putrajaya di talian 03-88862222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Jordan Michael John Johnson-Doyle, 25, dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di sebuah bar di Jalan Telawi, Bangsar, pada malam 27 Mei lalu.

Mangsa yang merupakan jurutera perisian dari Britain yang bekerja dengan syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat secara jarak jauh, tiba di Malaysia pada 17 Mei selepas mengunjungi Vietnam dan menginap di sebuah kediaman di Bukit Bintang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Artemis Accords bukan untuk hantar rakyat Malaysia ke bulan

PENYERTAAN Malaysia dalam Artemis Accords bukan bertujuan untuk menghantar rakyat Malaysia ke bulan kerana program itu tidak bertujuan ke...

More Articles Like This