PENUGASAN 16 anjing baharu dari United Kingdom (UK) dalam Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) dijangka bermula November depan.
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata setiap anjing berkenaan dianggar bernilai RM150,000 dengan lima daripadanya akan diserahkan kepada Unit K9 JBPM Sabah, Sarawak (dua) dan bakinya ditempatkan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
“Kita jangka kesemua anjing berkenaan akan tiba di Malaysia pada Oktober ini, sebelum memulakan tugasan pada November selepas menjalani beberapa proses dan latihan.
Baca artikel lain: RUU Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 dipersembah kepada Agong
“Untuk proses pemilihan anjing pula, tiga pegawai daripada JBPM, Jabatan Veterinar serta Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan dihantar ke UK,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan program Bicara Governans, Integriti dan Antirasuah Tahun 2025 di Kota Bharu, hari ini, yang turut dihadiri Pengarah JBPM Kelantan, Farhan Sufyan Borhan.
Sebelum ini, media melaporkan Unit K9 JBPM akan menerima 16 ekor anjing baharu dari UK bernilai RM2.4 juta tahun ini bagi menggantikan kira-kira separuh daripada 34 anjing K9 yang sudah mencapai umur 10 hingga 12 tahun iaitu bersamaan 60 tahun umur manusia.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

