Malaysia tuan rumah GSMA M360 ASEAN dari 2026 hingga 2028

Dari Penulis

MALAYSIA akan menjadi tuan rumah bagi siri acara GSMA M360 ASEAN dari tahun 2026 hingga 2028 menerusi kerjasama strategik yang dimeterai antara Global System for Mobile Communications Association (GSMA) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Perjanjian tersebut yang ditandatangani semalam semasa Mobile World Congress (MWC25) di Shanghai, menamakan Malaysia sebagai negara tuan rumah rasmi bagi siri M360 ASEAN, dengan edisi sulung berlangsung di Kuala Lumpur pada September 2026.

Kerjasama ini merupakan langkah penting ke arah meletakkan Malaysia sebagai hab serantau untuk dialog dasar digital, inovasi industri, dan kerjasama rentas sempadan di Asia Tenggara.

Pengerusi Eksekutif MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din berkata kerjasama itu, merupakan pelaburan strategik jangka panjang dalam kepimpinan serantau.

“Malaysia komited untuk menjadi platform perbincangan berimpak tinggi mengenai masa hadapan ketersambungan. M360 ASEAN akan menjadi ruang, yang dasar bertemu inovasi dan keutamaan serantau mendapat perhatian di peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan.

Acara M360 ASEAN dijangka menghimpunkan pemimpin sektor awam dan swasta dari seluruh Asia dan rantau lain, dengan fokus kepada isu utama ekonomi digital seperti evolusi 5G, ketersambungan, keselamatan siber dan keterangkuman digital.

Baca artikel lain: MCMC fail tindakan sivil terhadap saluran Telegram Edisi Siasat, Edisi Khas

Sementara itu, dalam kenyataan yang sama Ketua Pegawai Peraturan GSMA, John Giusti berkata penganjuran M360 ASEAN dan Sidang Kemuncak Digital Nation tahun ini, mencerminkan komitmen kukuh Malaysia terhadap aspirasi digital ASEAN.

“Menganjurkan Sidang Kemuncak Negara Digital tahun ini dan M360 ASEAN tahun hadapan di Malaysia, mengukuhkan sokongan kami terhadap visi serantau ASEAN 2045.

“Dengan menghimpunkan kerajaan, pengendali mudah alih dan inovator teknologi, kami ingin mempercepat kerjasama, pelaburan dan ketersambungan inklusif di seluruh negara ASEAN, bagi meletakkan asas kepada masa depan digital yang lebih berdaya tahan dan berteraskan rakyat. Kami teruja untuk melancarkan edisi sulung M360 ASEAN di Kuala Lumpur pada 2026!” katanya.

Kerjasama ini memperkukuh kepimpinan MCMC dalam penganjuran Sidang Kemuncak Negara Digital GSMA edisi ASEAN di Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung pada 23 dan 24 Sept tahun ini, dengan akan menarik penyertaan perserta peringkat tertinggi dari lebih tujuh negara ASEAN.

Siri M360 ASEAN akan merangkumi perbincangan meja bulat peringkat Menteri, sesi rangkaian eksekutif, pameran, serta forum awam yang akan membincangkan penyelesaian dasar praktikal bagi menangani cabaran digital yang semakin berkembang di rantau ini.

GSMA ialah sebuah badan industri global yang mewakili pengendali mudah alih dan keseluruhan ekosistem mudah alih. Acara utama anjuran GSMA seperti Mobile World Congress di Barcelona dan edisi serantau di Shanghai, Kigali, dan Las Vegas yang menarik lebih 100,000 peserta daripada lebih 200 negara dan wilayah.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Nafuzi Zain kembali kendali Terengganu FC

BEKAS jurulatih bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Mohd Nafuzi Mohd Zain atau Nafuzi Zain kembali semula menerajui Terengganu FC...

More Articles Like This