PM nyatakan penghargaan jasa, kepimpinan Razarudin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, kepimpinan dan dedikasi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sepanjang menerajui pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perkara itu dinyatakan Anwar ketika menerima kunjungan hormat perpisahan oleh Razarudin di pejabatnya di Putrajaya, pagi tadi.

Razarudin menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara ke-14 Ahad ini.

“Saya mendoakan agar Tan Sri Razarudn terus dikurniakan kesihatan yang baik serta kekuatan untuk terus menyumbang kepada negara dalam apa jua kapasiti.

“Terima kasih atas khidmat bakti yang amat bermakna kepada rakyat dan negara,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Fahmi ucap tahniah kepada Mohd Khalid dilantik Ketua Polis Negara baharu

Razarudin yang menyertai PDRM pada 1982, dilantik sebagai KPN ke-14 selama dua tahun secara kontrak selepas bersara, berkuat kuasa 23 Jun 2023 dan akan menamatkan perkhidmatannya Ahad ini.

Sepanjang perkhidmatan, Razarudin telah menjawat beberapa jawatan penting antaranya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang pada 2016, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah (2016), Timbalan Ketua Polis Perak (2018), Ketua Polis Perak (2019), Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman (2020) dan Timbalan Ketua Polis Negara (2021).

Terdahulu, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai KPN ke-15 bagi menggantikan Razarudin berkuat kuasa hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This