KONTRAK Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tamat berkuat kuasa hari ini, 30 Jun 2025.
Jabatan Komunikasi Strategik Felda dalam kenyataan memaklumkan, Ahmad Shabery telah memainkan peranan besar dalam memperkukuh semula ekosistem antara Felda dan anak-anak syarikatnya sepanjang dua tahun menerajui agensi itu.
Menurut Felda, ia terutama dalam mempercepatkan penyahsenaraian FGV Holdings Berhad.
Katanya, ia sekali gus mengembalikan keyakinan rakan strategik serta mempertingkatkan imej dan prestij Felda.
“Pendekatan beliau diterjemahkan melalui gagasan ‘Segalanya Felda’ yang kini menjadi teras penyatuan organisasi dan komuniti.
“Pengurusan dan seluruh warga Felda merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas jasa, bakti dan kepimpinan Datuk Seri sepanjang memegang amanah sebagai Pengerusi Felda,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Baca artikel lain: Felda hantar dokumen tawaran bagi pelan penyusunan semula FGV, tarikh tutup 7 Julai
Felda memberitahu, tugas rasmi terakhir Ahmad Shabery adalah mempengerusikan mesyuarat pengurusan tertinggi Felda pada pukul 2.30 petang tadi.
Ahmad Shabery, 67, dilantik sebagai Pengerusi Felda menggantikan Tan Sri Idris Jusoh berkuat kuasa 1 Julai 2023.
Ahmad Shabery menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2015 hingga 2018, juga pernah menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Penerangan dari Mac 2008 hingga awal April 2009 sebelum dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.
Bekas Ahli Parlimen Kemaman itu berkelulusan ijazah sarjana muda ekonomi dari Universiti Malaya (UM), selain ijazah sarjana sains politik dari University of Leeds, United Kingdom (UK) dan diploma lanjutan dalam bidang perhubungan antarabangsa dari Universiti Uppsala, Sweden.
Ahmad Shabery pernah menjadi pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM dan felo penyelidik di Institut Kajian Asia Tenggara Singapura (ISEAS).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

