Negara perlukan dasar pengurusan sisa perladangan – Ahmad Shabery

Dari Penulis

Negara memerlukan satu dasar yang mengkhususkan kepada pengurusan sisa yang terhasil dari sektor perladangan.

Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ini kerana ia mampu memberi kesan berganda kepada ekonomi dan pendapatan pekebun kecil serta pemain dalam industri perladangan.

“Perlu ada dasar dalam pengurusan sisa (hasil perladangan). Dasar kerajaan yang turun kepada Kementerian Perladangan dan Komoditi, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ini, ianya akan memberikan kesan berganda kepada pekebun kecil dan sebagainya.

“Ini keperluan utama kepada saya dan pekebun kecil,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau yang mempengerusikan Kluster FELDA dan Tanah Wilayah berkata demikian pada sesi pleno sempena Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, negara perlu bersungguh-sungguh ke arah mengubah landskap ekonominya yang lebih mesra kepada tenaga hijau.

Baca artikel lain: Imigresen tahan 6 pendatang tanpa izin di Labuan

“Kalau kita hasil elektrik menerusi solar biomas, itu satu ‘plus point’, ini yang akan menentukan masa depan.

“Sebab itu saya puji Sarawak, yang sudah ke hadapan dimana mereka kini sudah ada tiga empangan hidro di Batang Ai, Murung, Bakut dan terbaru di Baleh,” katanya.

Sarawak bakal menjadi pengeksport utama bekalan tenaga elektrik di Asia Tenggara selepas berjaya membekalkan tenaga ke Kalimantan, Indonesia sejak 2016.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This