Mayat wanita, anak perempuan ditemukan reput dalam rumah

Dari Penulis

SEORANG wanita dan anak perempuannya berusia dua tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah unit pangsapuri di Jalan Bukit Gambir, Georgetown, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima maklumat orang awam berkaitan bau busuk disyaki bau mayat dari rumah berkenaan pada 4.41 petang.

“Pasukan siasatan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dibantu anggota bomba telah memecah masuk ke dalam rumah itu dan menjumpai mayat seorang wanita dan kanak-kanak perempuan di bilik utama dalam keadaan telah mereput.

“Berdasarkan dokumen pengenalan diri, didapati masing-masing berumur 40 dan dua tahun serta dipercayai hubungan mereka adalah ibu dan anak,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata pakar forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Pasukan Siasatan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang turut dipanggil membantu siasatan di tempat kejadian.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik HPP untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.-Bernama


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This