Polis tahan 2 lelaki acu pistol tiruan selepas terlibat kemalangan

Dari Penulis

DUA lelaki masing-masing berusia 19 dan 27 tahun ditahan selepas dipercayai mengacukan pistol tiruan ke arah seorang lelaki susulan insiden kemalangan di Taman Desa, Kuala Lumpur malam semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kejadian dilaporkan mangsa berusia 28 tahun itu pada 12.55 tengah malam.

Mangsa memaklumkan kereta Honda City dipandunya dilanggar sebuah Toyota Yaris berwarna merah di bahagian cermin sisi kanan pada kira- kira 11 malam.

“Pertengkaran antara kedua-dua pihak tercetus dan pemandu Toyota Yaris didakwa mengeluarkan sepucuk pistol berwarna hitam sebelum mengacukannya ke arah mangsa,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati senjata berkenaan merupakan pistol tiruan yang dibeli melalui aplikasi TikTok dan dimiliki oleh salah seorang suspek.

“Kedua-dua suspek direman empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This