DUA lelaki maut manakala 16 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran dan dua lori di Kilometer 80.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, Ayer Hitam, Johor Bahru, tengah malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Shamin Mohamed Salikin berkata mangsa maut yang juga warga Indonesia dikenali sebagai Hidirman, 43, dan Zulhadi, 44, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.44 tengah malam, sebelum sebuah jentera ‘Fire Rescue Tender‘ dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan tujuh anggota dari BBP Ayer Hitam serta Yong Peng digegaskan ke lokasi kejadian.
Baca artikel lain: 4×4 rempuh lori baja: Dua pemuda disahkan maut
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian didapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan bas persiaran, lori ‘tow truck‘ dan lori tangki.
“Terdapat dua mangsa, iaitu penumpang bas yang tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian, manakala 16 yang lain cedera termasuk pemandu bas serta 28 lagi dilaporkan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Shamin berkata PKO mangsa cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 3.03 pagi tadi.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

