Projek Inklusif Digital NADI Malaysia menang hadiah WSIS 2025

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PROJEK Inklusif Digital NADI Malaysia kelolaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah dinobatkan sebagai juara Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Masyarakat Bermaklumat (WSIS) 2025 di Geneva, Switzerland, hari ini.

Hadiah berkenaan telah diterima Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang mengetuai delegasi Malaysia ke WSIS+20 yang berlangsung sehingga 11 Julai ini.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, Projek Inklusif Digital NADI Malaysia meraih pengiktirafan global atas usaha memperkasa komuniti terpencil melalui pembangunan kemahiran digital dan kesalinghubungan.

Menurut MCMC, Inisiatif NADI Pulau Banggi telah memenangi kategori ‘C4: Capacity Building’ atas kejayaan menyediakan literasi digital, latihan kemahiran dan peluang ekonomi kepada salah satu komuniti pulau paling terpencil di Malaysia.

Katanya, inisiatif tersebut juga diiktiraf sebagai johan kategori yang sama sekali gus mengukuhkan lagi impak transformasinya.

“Di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), Pelan Insfrastruktur Digital Negara Malaysia, inisiatif NADI telah mewujudkan hab digital komuniti yang kini menyediakan internet berkelajuan tinggi dan latihan ICT kepada nelayan, petani, pelajar serta pemilik perniagaan kecil seterusnya melengkapkan mereka dengan kemahiran untuk berjaya dalam ekonomi digital kini.

“Projek ini telah mengubah kehidupan penduduk dengan warga belia memperoleh kemahiran ICT, golongan wanita memulakan perniagaan mikro dalam talian dan usahawan tempatan meluaskan pasaran mereka.

“Berikutan kejayaan di Pulau Banggi, NADI kini diperluas ke kawasan kurang mendapat liputan lain termasuk Pulau Mandi Darah dengan rancangan untuk diperluas ke seluruh negara menjelang 2035 melalui modul latihan berskala, hab komuniti dan pembiayaan jangka panjang di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terletak kira-kira 70 kilometer dari Kudat dan hanya boleh diakses dengan feri atau bot laju, Pulau Banggi menempatkan kira-kira 20,000 penduduk dengan ekonomi utama berasaskan perikanan, kelapa sawit dan getah.

Kedudukannya yang terpencil telah mengehadkan akses penduduk kepada pendidikan, penjagaan kesihatan, dan pertumbuhan ekonomi.

Baca artikel lain: MCMC rakam keterangan individu muat naik kandungan jelik berunsur perkauman

Sementara itu, Fahmi berbesar hati menerima hadiah WSIS itu bagi pihak Malaysia.

“Projek Inklusif Digital NADI di Pulau Banggi mencerminkan komitmen kerajaan MADANI bahawa tiada siapa pun terpinggir dalam era digital.

“Kejayaan ini adalah milik komuniti yang telah menerima kemahiran digital demi masa depan yang lebih baik, serta kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendukung visi negara inklusif dan terhubung,” katanya.

Dalam pada itu, satu lagi inisiatif MCMC iaitu Projek Stingray II Pulau Ketam juga diiktiraf sebagai johan kategori ‘C2: Information and Communication Infrastructure’ atas usahanya menyediakan kesalinghubungan berkelajuan tinggi melalui pemasangan kabel gentian optik dasar laut sepanjang 46.4 kilometer antara Kapar dan Pulau Ketam.

MCMC menjelaskan, projek itu telah membolehkan pelajar mengikuti pembelajaran dalam talian, keluarga mengakses perkhidmatan teleperubatan dan meningkatkan pertumbuhan perniagaan digital untuk perniagaan kecil.

“Pengiktirafan global ini mengukuhkan komitmen Malaysia terhadap kesaksamaan digital iaitu memastikan tiada rakyat yang tertinggi walau di lokasi terpencil sekali pun.

“NADI bukan sekadar projek, ia adalah komitmen untuk memastikan semua rakyat Malaysia mendapat peluang digital yang saksama.

“Pencapaian ini mengesahkan kedudukan NADI sebagai salah satu program inklusif digital yang paling unik dan berkesan di dunia,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This