PENYAMPAI radio THR Gegar, Fizie Roslan berkongsi dugaan pada malam Aidilfitri yang lalu apabila dia diuji dengan penyakit buasir.
Kesan daripada masalah itu, sambutan perayaan pada tahun ini tidak semeriah seperti sebelum ini disebabkan pergerakannya terbatas.
“Kesakitannya itu seperti rasa disula dengan sebatang kayu. Peritnya hanya Allah yang tahu,” luah penyampai radio THR Gegar, Fizie Roslan, yang pernah menderita kerana buasir.
“Bayangkan saya nak bangun pun tak boleh. Saya juga rasa trauma nak makan. Sebab kalau makan, mesti nak ‘membuang’ air besar,” katanya kepada URTV.
Pada masa sama, Fizie akui tidak malu untuk berkongsi kepada umum mengenai penyakit yang dialami.
Katanya, tidak dinafikan dalam kalangan masyarakat, ramai yang berdepan dengan penyakit sama sepertinya namun malu untuk mengaku.

“Sebelum ini saya segan nak berkongsi cerita. Dalam tempoh lima ke enam tahun, rasanya nak jumpa doktor pun mungkin hanya sekali.
“Kalau demam pun, saya hanya akan makan ubat yang dibeli sendiri. Tapi buasir ni, tahap sakitnya itu buatkan saya kena berjumpa dengan doktor.
“Apabila saya berada di konti radio, saya terpaksa letak bantal untuk duduk di kerusi.
“Kadang-kadang orang tengok saya, mereka fikir saya stres atau nak marah orang, padahal saya sedang menahan sakit dan pedih akibat buasir.
“Bayangkan, bagaimana hendak menjalani kehidupan seharian apabila kita sakit akibat buasir. Nak buat apa pun rasa rasa tak selesa,” kongsinya.
Menurut Fizie, dia telah mencuba pelbagai produk sebagai ikhtiar namun semuanya tidak menunjukkan hasil yang baik.
“Saya dah cuba beberapa ubat, namun ia tetap sama sehinggalah saya mengenali dengan Dr Afif dari Pusat Rawatan Al Farhain yang mencadangkan suplemen makanan tambahan EnerVast.
“Apabila hendak ‘membuang’ kita boleh tahan sekejap. Berbeza dengan ubat yang makan sebelum ini, apabila rasa nak ‘membuang’ perlu ke tandas serta merta.
“Alhamdulillah, buasir saya sudah semakin baik kesan daripada mengamalkan produk itu,” ungkapnya.

Dalam pada itu, Dr Afif Mohd Ridzwan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Rawatan Al Farhain berkata, EnerVast dibangunkan menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang menyeluruh serta dirumus khas untuk menangani pelbagai masalah kesihatan yang berpunca daripada gangguan metabolik.
“Ia dihasilkan setelah kami menjalankan kompilasi kes dan analisis ke atas pesakit yang hadir untuk rawatan. Majoriti pesakit mengalami masalah berpunca daripada penyakit metabolik yang sering dikaitkan dengan gaya hidup dan pemakanan.
“Bermula daripada situ kita adakan R&D dengan memformulasikan dua komponen utama EnerVast iaitu ekstrak daun senna dan ekstrak halia bara, bahan semula jadi yang telah lama dikenali dalam dunia perubatan tradisional.
“Semua orang tahu daun senna dan halia bara ada manfaat tersendiri dan selamat. Jika ia digunakan secara berlebihan pun tidak akan akan ada kesan sampingan.
“Namun, keistimewaan EnerVast terletak pada gabungan dos yang tepat dan pemprosesan berpandukan kepakaran perubatan moden, menjadikannya lebih selamat, berkesan dan berkualiti, ” katanya.
Berkongsi lanjut, pihaknya mengambil masa yang lama untuk menetapkan dos yang selamat dan efektif tanpa menyebabkan kesan sampingan seperti cirit-birit, kekejangan atau pembuangan yang terlalu kerap.
“EnerVast menunjukkan keberkesanan yang ketara apabila digunakan secara konsisten. Kesan positif seperti pembuangan lancar, pembersihan usus, dan pengurangan toksin dalam badan dapat dilihat dalam tempoh yang singkat.

“Penjagaan usus adalah kunci kepada sistem metabolik yang sihat. Jika perjalanan usus lancar, sistem tubuh akan berfungsi dengan lebih baik, termasuklah jantung dan proses penurunan berat badan,” tambah beliau.
Ia sesuai digunakan oleh mereka yang berusia 13 tahun ke atas, termasuk individu yang mempunyai masalah penghadaman dan ibu menyusu.
“Dengan misi untuk menjadikan EnerVast sebagai produk kesihatan untuk semua, pihak syarikat menetapkan harga jualan yang mampu milik iaitu RM39.90 untuk penggunaan 15 hari.
“Selain itu, pihak pengurusan turut melantik Fizie sebagai duta rasmi bagi meningkatkan kesedaran dan keyakinan terhadap jenama ini,” ujarnya.
Melihat sambutan yang menggalakkan, pihak syarikat kini sedang merancang untuk melancarkan variasi baharu seperti EnerVast Advance atau EnerVast Plus dengan formulasi lebih berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran yang lebih luas.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

