PENYANYI popular, Shila Amzah diserang seorang penyanyi bertaraf legenda ketika sesi latihan konsert ulang tahun ke-20 Mr D.I.Y di Stadium Merdeka.
Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, tidak menyangka insiden itu berlaku dihadapan kru yang bertugas.
“Gila apabila seorang penyanyi legenda boleh menyerang saya di hadapan semua kru di tempat awam.
“Bersyukur kamu orang tua. Tetapi kamu telah mencetuskan ‘anxiety’ (kebimbangan) dan keselamatan saya,” tulisnya dalam Instastory.
Sementara itu, menerusi perkongsian semula hantaran pengurus Shila yang dikenali sebagai Aini, dia meluahkan perasaan terkilan dengan sikap tidak profesional artis legenda tersebut.
Malah, Aini juga berkongsi bahawa laporan polis telah dibuat dan akan mengambil tindakan undang-undang.
Sehingga artikel ini ditulis, tidak dapat dikenal pasti penyanyi yang dimaksudkan oleh Shila.
Untuk info, barisan penyanyi yang terlibat dalam konsert MR. D.I.Y yang akan berlangsung esok selain Shila ialah Datuk Amy Search, Datuk Awie, Ella Aminuddin, Jaclyn Victor, Penny Tai, Jeryl Lee dan 3P.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

