Dua warga China maut kemalangan di Lebuhraya PLUS

Dari Penulis

DUA lelaki warga China maut manakala pemandu warga tempatan cedera selepas kereta dinaiki terbabas, ketika cuba mengelak sebuah lori di Kilometer 316.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Johari Yahya berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 10.30 malam dan mangsa dikenali sebagai Chong Hong serta Yucheng Pan kedua-duanya berusia 41 tahun, maut di lokasi akibat cedera parah di kepala.

Pemandu kereta Toyota Vios Lau Yong Kheng, 56, pula cedera di leher, kaki dan tangan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta mangsa dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang yang berada di lorong kanan, cuba mengelak sebuah lori menukar laluan di hadapan sebelum hilang kawalan.

“Usaha sedang dilakukan untuk mengesan pemandu lori terbabit dan mendapatkan rakaman kamera papan pemuka bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Johari berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata bomba menerima panggilan kecemasan kemalangan itu pada 8.53 malam, melibatkan tiga mangsa tersepit dalam kenderaan terlibat.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah menggunakan peralatan penyelamatan khas untuk mengeluarkan mangsa, sebelum diserahkan kepada polis dan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).–Bernama


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This