Warga asing ditahan cederakan bekas teman wanita dengan pisau

Dari Penulis

Seorang lelaki warga asing ditahan kerana disyaki mencederakan bekas teman wanitanya menggunakan sebilah pisau di sebuah universiti swasta di Subang Jaya, Selangor petang semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata polis menerima laporan berhubung insiden itu kira-kira 6.30 petang dan suspek berusia 21 tahun telah ditahan sejurus laporan diterima.

“Hasil siasatan mendapati mangsa yang juga warga asing berumur 20 tahun mengalami kecederaan di bahagian leher sebelah kiri. 

“Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan ditempatkan di zon merah untuk menerima rawatan lanjut serta keadaannya kini stabil,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Wan Azlan berkata motif kejadian masih disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok.

“Suspek dan mangsa ialah pelajar di universiti swasta berkenaan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7100 atau Insp Fadizah Ajamin di talian 019-858 2166 dengan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.– Bernama


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This