Piala ASEAN B-23: Tundukkan Brunei, Nafuzi mahu Harimau Muda bangkit

Dari Penulis

KETUA jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara Nafuzi Zain yakin anak buahnya mampu bangkit meraih kemenangan pada aksi kedua Kumpulan A Piala B-23 ASEAN menentang Brunei, yang dijadual berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, esok.

Beliau berkata kekalahan 0-2 kepada Filipina dalam aksi pembukaan kelmarin sudah dilupakan oleh barisan pemain yang kini tampil bersemangat untuk memburu tiga mata penuh dalam usaha menghidupkan peluang ke peringkat separuh akhir.

“Moral pemain kini berada pada tahap baik. Mereka kesal dengan kekalahan lalu, namun berjanji akan bangkit dengan persembahan lebih menyakinkan apabila menentang Brunei,” katanya menerusi video yang dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada media, hari ini.

Bagaimanapun, Nafuzi menegaskan skuad negara tidak boleh memandang mudah cabaran Brunei, meskipun lawan itu dibelasah Indonesia 8-0 dalam perlawanan pertama.

“Walaupun Brunei tewas besar kepada Indonesia, fokus kami kekal kepada persiapan pasukan sendiri. Jika tidak bermain dengan baik, menentang pasukan lemah sekali pun, kemenangan sukar diraih,” katanya.

Malaysia ketika ini menghuni tangga ketiga kumpulan tanpa sebarang mata, di belakang Indonesia dan Filipina yang masing-masing meraih tiga mata. Brunei pula di kedudukan tercorot, turut tanpa sebarang mata.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCA akui pengundi Cina kini kecewa namun tak anggap boleh diterjemah dalam bentuk undi

HASIL kajian lapangan dilakukan oleh MCA mendapati bahawa rata-rata pengundi Cina kini berada dalam keadaan kecewa khususnya dengan apa...

More Articles Like This