Jualan Rahmah MADANI intervensi berkesan ringankan kos sara hidup rakyat – Armizan

Dari Penulis

INISIATIF Jualan Rahmah MADANI terbukti sebagai antara langkah intervensi berkesan dalam usaha kerajaan meringankan kos sara hidup rakyat khususnya di peringkat akar umbi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata pelaksanaan inisiatif itu terus mendapat sambutan rakyat susulan perluasan program berkenaan di seluruh negara termasuk di kawasan pinggir bandar.

Beliau berkata selain membantu rakyat secara terus, program itu juga memberi peluang kepada KPDN berinteraksi secara langsung dengan masyarakat bagi mendapatkan maklum balas terhadap pelaksanaannya termasuk cadangan penambahbaikan dan jenis unit penyimpanan stok (SKU) tambahan yang diharapkan rakyat.

“Masyarakat memperakui program ini benar-benar sampai ke akar umbi dan menepati keperluan harian mereka.

“Sebagaimana kita maklum, peruntukan bagi program Jualan Rahmah tahun ini pun sudah ditambah. Maka kita berharap Belanjawan 2026 turut memberi ruang tambahan agar lebih ramai dapat menikmati manfaatnya,” katanya kepada Bernama.

Baca artikel lain: Syarikat ais, makanan sejuk beku setuju tangguh sementara naik harga – Armizan

Beliau berkata demikian ketika meninjau program Jualan Rahmah MADANI dan Kenduri Rakyat di Kampung Pachitan sempena Program Ukhwah MADANI dan Permukiman Ahli Parlimen Kerajaan MADANI di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Selain di Kampung Pachitan, Armizan berkata program itu turut dilaksanakan di Padang Petanque, Batu 1, Port Dickson yang masing-masing menawarkan 42 dan 50 SKU pada harga diskaun.

Beliau berkata usaha mendapatkan maklum balas rakyat turut disokong melalui penyertaan Ahli-ahli Parlimen Kerajaan MADANI dalam program permukiman selama dua hari itu, yang turut turun padang menyantuni penduduk dan menyelami realiti kehidupan seharian mereka.

“Ini bukan sahaja soal jual barang murah, tetapi bagaimana dasar ini dilaksanakan berteraskan keperluan sebenar rakyat. Maka penglibatan Ahli Parlimen sendiri sangat penting untuk menyampaikan suara masyarakat dari kawasan masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Armizan berkata program Jualan Rahmah MADANI turut melibatkan penyertaan sektor peruncitan sebagai rakan strategik, termasuk pasar raya dan kedai runcit, agar manfaat program dapat diperluas secara menyeluruh.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This