KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) memaklumkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi tahap tidak sihat iaitu 201 ke atas.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu diumumkan sebagai sebahagian daripada pelan tindakan kecemasan menghadapi jerebu bagi melindungi keselamatan dan kesihatan murid serta warga sekolah.
“Garis panduan kita jelas. Jika bacaan IPU melebihi 100, semua aktiviti luar dilarang. Sekiranya IPU melebihi 200, PdPR akan dilaksanakan.
“Maknanya, murid-murid akan mengikuti pembelajaran secara dalam talian dari rumah,” katanya seperti dilapor KOSMO! ONLINE.
Baca artikel lain: Shahul Hameed dilantik Pengarah Urusan, CEO Green Packet
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Digital Ultilisation and Technology Awards (DUTA) 2024.
Beliau turut memaklumkan bahawa Ketua Pengarah Pendidikan telah memberi arahan dan penjelasan kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri agar mengambil tindakan segera berdasarkan bacaan IPU setempat.
Sementara itu, semakan pada portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia Jabatan Alam Sekitar (JAS), dua kawasan mencatatkam bacaan IPU tidak sihat setakat pukul 4.14 petang ini adalah Johan Setia, Klang (154) dan Nilai, Negeri Sembilan (116).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

