PENGHARGAAN luar biasa yang bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok disifatkan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan MADANI kepada rakyat Malaysia.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, rakyat sentiasa teguh bersama dalam setiap langkah reformasi yang dilakukan kerajaan.
“Moga pengumuman ini membawa manfaat buat rakyat terbanyak dan menjadi cerminan usaha kita bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera,” katanya dalam hantaran tersebut.
Sementara itu, menurut infografik yang dikongsikan Anwar, pengumuman itu dijadual berlangsung 10.30 pagi esok dan akan disiarkan secara langsung menerusi semua saluran utama termasuk RTM, Media Prima, Astro Awani, Bernama TV, TVS, TV AlHijrah serta platform media sosial seperti Facebook Live.
Terdahulu, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil turut berkongsi bahawa Perdana Menteri akan membuat pengumuman mengenai penghargaan buat semua rakyat Malaysia pagi esok.
Baca artikel lain: Pengumuman penghargaan PM buat rakyat akan dibuat 10.30 pagi esok – Fahmi
Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, beliau akan mengumumkan penghargaan luar biasa kepada rakyat Malaysia.
Katanya, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti pengumuman terbabit susulan pemukiman Kerajaan Perpaduan di Port Dickson, Negeri Sembilan.
“Keresahan ini memerlukan saya pertimbangkan perubahan dan pengumuman yang perlu dibuat bagi meredakan tuntutan mereka.
“Saya sudah nyatakan dalam sehari dua ini, saya perlu buat pengumuman sama ada dalam bentuk langkah tambahan atau sebagainya, tetapi ia perlukan sedikit masa untuk diteliti dengan sebaiknya,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Sebelum ini, Anwar dalam hantaran di laman sosial Facebook memaklumkan akan membuat satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, tiada perincian dinyatakan apa bentuk pengumuman berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

