Anwar rasmi pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Muar

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Dataran Tanjung Emas, Muar hari ini, menandakan bermulanya sambutan peringkat kebangsaan yang akan diteruskan ke seluruh negara.

Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof dijangka turut hadir pada majlis tersebut bersama-sama Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, serta Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pada majlis itu, Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucapan peluncuran serta menyempurnakan pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025 yang akan menjelajah seluruh negara membawa mesej perpaduan dan semangat cintakan tanah air.

Program sisipan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Dataran Tanjung Emas, Muar itu telah bermula sejak sejak Jumaat lepas dengan menampilkan pelbagai pengisian berunsur komuniti dan kekeluargaan seperti pertandingan mewarna dan Bintang Suara MADANI, persembahan kesenian, dan aktiviti kebudayaan tempatan.

Baca artikel lain: Bulan Kebangsaan 2025: Rakyat diajak kibar Jalur Gemilang dengan hormat

Dua komponen utama yang menarik perhatian pengunjung ialah reruai usahawan Komuniti MADANI yang menghimpunkan peniaga mikro dan kecil dari seluruh negara, serta reruai perkhidmatan agensi kerajaan dan swasta yang menawarkan pelbagai kemudahan kepada orang ramai.

Antara perkhidmatan disediakan ialah pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma, pembaharuan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), saringan kesihatan wanita serta potongan bayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) hingga 30 peratus.

Acara kemuncak hari ini turut merangkumi “Merdeka 6.8KM Fun Run & Walk” dan persembahan konvoi melibatkan aset darat dan air, dengan penganjur menyasarkan kehadiran lebih 10,000 pengunjung sebagai pencetus semangat kenegaraan menjelang 31 Ogos dan 16 September nanti.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This