Tindakan memalukan negara, Fadhli Shaari didesak mohon maaf kepada rakyat Thailand dan Kemboja

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KETUA Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari didesak supaya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Thailand dan Kemboja susulan kenyataan yang dilihat memperlekeh dan mempertikai inisiatif murni dilakukan Malaysia bagi keamanan kedua-dua negara itu.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim menegaskan, Malaysia tidak akan sesekali mempertahankan tindakan yang disifatkannya sebagai gopoh dan bebal itu.

Pada masa sama, kata beliau, kenyataan yang dikeluarkan Ahmad Fadhli tidak langsung mempunyai rasa hormat kepada negara lain.

Menurut Muhammad Kamil, tatkala dunia mengiktiraf peranan Malaysia khususnya Perdana Menteri sebagai peneraju dan arkitek keamanan serantau, masih ada suara sumbang yang mempertikai usaha murni berkenaan.

Ironinya, beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, tindakan memperlekeh itu bukan hadir daripada orang orang luar sebaliknya pembangkang di tanah air sendiri yang lebih rela melihat kegagalan daripada mengiktiraf kejayaan yang membanggakan negara.

“Beginilah politik sempit yang kita tolak. Kita tidak boleh benarkan suara-suara sumbang ini terus menjadi liabiliti kepada nama baik negara. Tindakan mereka jelas tidak patriotik dan memalukan negara.

“Tuntutan Islam yang sepatutnya meraikan pendamaian, disanggah dengan kebencian politik yang membuak. Ini jauh menyimpang dari ajaran dan tuntutan Islam.

“Kita juga tidak bersetuju sekiranya negara tercinta ini dihambur kenyataan biadab yang serupa,” katanya dalam hantaran di platform X.

Baca artikel lain: Kemboja, Thailand hargai peranan Anwar, Malaysia dalam gencatan senjata serta-merta

Mengulas lanjut, Muhammad Kamil menegaskan, kerajaan akan terus menjulang nama Malaysia dengan diplomasi, bukan dengan retorik kosong.

Beliau berkata, inisiatif yang digerakkan Perdana Menteri itu bukan soal parti atau politik individu tetapi melibatkan maruah negara.

Katanya, pembangkang ‘terlupa’ bahawa tidak ada satu pun kejayaan diplomatik seumpama dan sebesar itu berjaya digerakkan untuk dicapai sewaktu berkuasa dahulu.

“Ini soal peranan Malaysia sebagai pemimpin yang disegani di rantau ini. Dunia menyambut baik usaha ini dari Presiden Amerika Syarikat (AS), Presiden China sehingga lah ke seluruh komuniti ASEAN tetapi pembangkang kita pula memilih untuk menjadi sinis dan pesimis.

“Kini, apabila Malaysia di bawah Kerajaan MADANI berdiri megah menegak serta melakar diplomasi di persada antarabangsa dan memain peranan aktif menyelesaikan pertelagahan, pembangkang memilih untuk menyemai kebencian dan dendam kesumat.

“Kita percaya pada penyelesaian yang berasaskan kemanusiaan, bukan kebencian,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Fadhli menerusi hantaran di laman sosial memuat naik gambaran tiga watak binatang iaitu kambing dan biri-biri yang sedang berebut pisang dengan seekor monyet bertindak sebagai hakim berserta kapsyen: “kambing dan biri-biri seeloknya tidak perlu kepada monyet untuk menjadi orang tengah dalam kes berebut pisang,”.

Hantaran itu turut disertakan dengan tangkap layar laporan berita mengenai konflik Thailand dan Kemboja, sekali gus menerima kecaman orang ramai.

Semalam, Anwar mengumumkan bahawa Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat bagi meredakan ketegangan di sepanjang sempadan yang dipertikaikan, hasil mesyuarat khas dipengerusikan beliau di Putrajaya.

Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai menghadiri mesyuarat berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu terlibat kemalangan 2 kenderaan di Johor Bahru disahkan punya rekod rawatan psikiatrik

POLIS mengesahkan salah seorang pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru seperti tular di...

More Articles Like This